Bon Pelaksanaan untuk SST, siap dalam 10 hari*
Dapatkan Bon Pelaksanaan untuk Surat Setuju Terima (SST) anda melalui Jaminan Insurans / Takaful. Mudah dan cepat.
Bon anda dikeluarkan oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad, penanggung insurans berlesen yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Majikan anda menerima bon daripada syarikat insurans.
Anda tidak perlu buat sendiri. Ejen kami beri senarai dokumen, semak dokumen anda dan hantar permohonan kepada penanggung insurans.
Jaminan Bank biasanya perlu cagaran tunai sehingga 100%. Jaminan Insurans tidak perlu*, jadi wang anda kekal untuk projek.
Isi borang ringkas. Ejen kami akan hubungi anda.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jaminan Insurans atau Jaminan Bank?
Ketik baris yang ada ikon maklumat untuk penerangan ringkas.
Kedua-duanya dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Untuk Jaminan Insurans, penjaminnya ialah syarikat insurans berlesen (Chubb). Majikan menerima bon ini sama seperti jaminan bank, jika kontrak membenarkannya.
Bank biasanya bekukan wang tunai sama nilai dengan bon. Dengan Jaminan Insurans, wang itu kekal dalam akaun anda*.
Ejen kami beri senarai dokumen yang tepat, semak sebelum hantar dan uruskan dengan penanggung insurans. Kurang ulang-alik, kurang lambat.
*Tertakluk kepada terma dan syarat serta penilaian penanggung insurans.
Apa berlaku selepas anda minta sebut harga
Tiga langkah. Ejen bantu anda di setiap langkah.
Isi borang ringkas
Beritahu kami nama, nombor telefon, syarikat dan sama ada anda sudah terima SST.
Ejen sediakan dokumen bersama anda
Kami beri senarai, semak dokumen dan hantar kepada penanggung insurans.
Terima Bon Pelaksanaan anda
Bon siap dalam 10 hari* untuk diserahkan kepada majikan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kenapa Pilih BondCepat?
Pasukan BondCepat mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam menyedia bon pelaksanaan melalui jaminan insurans di Malaysia.
Kami mengkhusus dalam bon untuk perniagaan di semua sektor, terutamanya bagi yang terlibat dalam tender dan kontrak kerajaan.
Dengan BondCepat, anda boleh terus fokus pada perniagaan anda dengan keyakinan bahawa keperluan bon anda diuruskan dan disampaikan dengan cekap dan pantas.
Apakah maksud bon pelaksanaan?
Bon Pelaksanaan adalah jaminan penting bagi kontrak anda. Ia boleh dipohon melalui institusi kewangan seperti bank atau syarikat insurans/pengendali takaful.
Di BondCepat, kami bekerjasama dengan syarikat insurans panel kami untuk memastikan proses permohonan yang cepat tanpa prosedur birokrasi yang panjang.
Segala urusan adalah dalam talian sehingga anda menerima sijil bon fizikal anda.


Perlukan Bon Dengan Urgent?
Menghubungi kami untuk dapatkan maklumat segera, situasi khas, atau jika anda lebih selesa berbual terus dengan kami melalui panggilan telefon
Blog

Bon Pelaksanaan Malaysia: Apa Itu & Cara Mohon 2026 | BondCepat
.png)
Understanding Performance Bonds for Malaysian Business Tenders

Jaminan Bank (Bank Guarantee) dan Bon Insuran (Insurance Guarantee): Bagaimana Ia Berfungsi?

Kepentingan Bon Pelaksanaan Bagi Perniagaan Yang Mendapat Tender Perkhidmatan

Akta Perolehan Kerajaan 2025: Apa Maksudnya untuk Tender di Malaysia?

Cara Mendapatkan Bon Pelaksanaan untuk Projek Pembinaan di Malaysia
Panduan Lengkap Bon Pelaksanaan Untuk Tender Kebersihan Sekolah 2025 (Tender Pembersihan Sekolah 2025)

Panduan Lengkap Bond Pelaksanaan Untuk Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api KPM 2025

马来西亚履约保证金 (Performance Bond) 指南:为什么你不应该忽略这项合约要求
.png)
Tuntutan Tidak Sah terhadap Bon Pelaksanaan dan Cara Menanganinya

Sedia Menjamin Projek Anda Dengan Bon Pelaksanaan?
Kami membantu kontraktor dan syarikat mendapatkan bon pelaksanaan, insurans kontrak, dan jaminan projek dengan proses pantas dan mudah di Malaysia
